Sabda Rasulullah s.a.w
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah
(bekam)"
"Sesiapa yang berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)
"Sesiapa yang berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)
Orang-orang
beriman baik lelaki atau perempuan pasti sangat rindu ingin mendengar sunnah
Rasulullah SAW khususnya bekam. Ramai pesakit yang pernah menjalani terapi
bekam ini menyaksikan dan merasai sendiri mukjizat kesembuhan dalam mengatasi
penyakit-penyakit yang sukar di sembuhkan oleh para doktor. Sayangnya masih
sedikit yang mengenali kaedah pengubatan ini. Bahkan dari kalangan terpelajar pun
sedikit sekali yang pernah mendengarnya apalagi dari kalangan awam.
Setiap muslim dan muslimah tahu bahawa hadith-hadith Rasulullah SAW tidak pernah berubah dan berganti, kerana ia wahyu dari Allah SWT dan agama ini telah sempurna dan segala puji hanya bagi Allah SWT. Maka hadith-hadith yang berkaitan kaedah pengubatan dengan bekam, keutamaannya, hari-hari perlaksanaannya dan sebagainya adalah bersifat tetap tidak berubah.
Sungguhpun begitu saya memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kepada kita ilmu, pandangan yang mendalam dan keikhlasan dalam memberikan manfaat kepada seluruh umat Islam tanpa terkecuali,sesungguhnya Dia yang berkuasa ke atas sesuatu.
Menurut Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dalam Thibbun Nabawi,bahawa pengubatan bekam harus dilakukan secara bersamaan dan berpadu dengan penggunaan bahan alami seperti madu,habbatus sauda,kismis,tamar dan lain-lain, disertai dengan zikir mahupun doa-doa Ruqyah Syar'iyyah,serta mengamalkan ajaran islam yang nyata.
'BEKAM' SUNNAH RASULULLAH SAW
No comments:
Post a Comment